Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASA JAS PULAU PINANG SIASAT PELAKU PEMBAKARAN TERBUKA PEMBERSIHAN KAWASAN
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/05/2021
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
17 MAC 2021, SEBERANG PERAI - Pasukan rondaan mencegah pencemaran Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang hari ini telah mengesan aktiviti pembakaran terbuka yang sedang dijalankan oleh pelaku. Pelaku yang sedang membakar sisa pangkasan pokok hasil pembersihan kawasan disiasat. Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas pelaku. Penduduk Pulau Pinang dinasihatkan memberhentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.