29 Mei 2021, TELUK INTAN - JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis industri yang terletak dalam daerah Teluk Intan pada 28 Mei 2021.
Pemeriksaan tersebut tidak menemui sebarang aktiviti pencemaran di dalam premis industri tersebut. Aktiviti pemeriksaan secara mengejut ini adalah untuk menunjukkan keberadaan JAS di mana sahaja dan tidak mengira waktu bagi memastikan tiada pencemaran dilakukan oleh industri.
.
JAS ingin mengingatkan premis-premis industri supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]