Penerangan
28 Mac 2021, Johor Bahru - Majlis Serahan Lesen Kilang Getah Asli Mentah ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Encik Mohd Rashdan Bin Topa di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Sejumlah 8 buah Premis Yang Ditetapkan Kilang Getah Asli Mentah telah membuat pembaharuan lesen pada hari ini untuk tahun 2021/2022.
Sesi Taklimat Pematuhan Syarat-Syarat Lesen Kilang Getah Asli Mentah pula disampaikan oleh Ketua Unit Perlesenan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Encik Mohd Firdaus Bin Roslan. Sesi ini bertujuan untuk memastikan Premis Yang Ditetapkan sentiasa mematuhi kepada syarat-syarat lesen yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan tegas ke atas premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk tindakan pengantungan lesen.