Penerangan
27 Mac 2021, Johor - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong denai sungai kebangsaan di Sungai Skudai, Johor. Program ini telah dijalankan bersama Komuniti Rukun Tetangga Taman Impian Emas dan Rakan Alam Sekitar (RAS). Sambutan yang diterima bagi aktiviti ini amat menggalakkan.
Selain daripada aktiviti gotong royong di Sg Skudai, aktiviti gotong royong juga turut diadakan secara serentak di lokasi-lokasi berikut:
i. Anak Sungai Kim Kim – oleh JAS Cawangan Pasir Gudang
ii. Sungai Chemangar – oleh JAS Cawangan Pengerang
iii. Sungai Sedi – oleh JAS Cawangan Batu Pahat
iv. Sungai Sayong – oleh JAS Cawangan Kluang
v. Sungai Bentayan- oleh JAS Cawangan Muar
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan di dalam program tersebut ialah demonstrasi persampelan in-situ air Sungai Skudai bagi menilai kualiti air sungai terbabit.
Secara keseluruhan, seramai 134 orang peserta telah terlibat di semua lokasi dan anggaran sampah yang dikutip adalah sebanyak 300 Kg bagi 6 lokasi di Negeri Johor.