Penerangan
25 MAC 2021, PASIR GUDANG – Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pembuatan seramik dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh JAS Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang bagi pelepasan air bewarna putih daripada aktiviti spray/glazing.
Persampelan air buangan telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Siasatan lanjut juga mendapati kilang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Efluen Perindustrian 2009. Kompaun berjumlah RM 10,000 dikenakan bagi kegagalan Peraturan-Peraturan tersebut.