PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI SATU (1) UNIT SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC)

DOE Johor 31/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI SATU (1) UNIT SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/05/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

PENGERANG, 22 Mac 2021: JAS Cawangan Pengerang & Unit Notifikasi dengan kekuatan tujuh (7) orang Pegawai telah melaksanakan program penguatkuasaan dan membuat pemeriksaan verifikasi SPEP di Pengerang Integrated Complex dimana penerangan dan sesi perbincangan berkenaan SPEP berkenaan yang berkapasiti melebihi 4000 m3/jam. Pemeriksaan verifikasi dijalankan berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Pemeriksaan merangkumi lukisan sebagaimana binaan dan keadaan pengoperasian sistem berkenaan serta pemantauan prestasi. Pihak premis dikehendaki menyemak semula takat pelepasan akhir mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Tindakan tegas boleh diambil jika maklumat palsu dikemukakan. Dua (2) Field Citation telah dikeluarkan kepada premis.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan