Penerangan
21 MAC 2021, PASIR GUDANG - Sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit telah dikompaun sebanyak RM70,000 di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) (BT) 2005 kerana gagal mematuhi pengurusan BT.
Kilang tersebut juga dikompaun di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen perindustrian) 2009 kerana gagal mengendalikan sistem pengolahan effluen perindustrian dengan baik.
Ops Teras malam tadi yang bermula dari jam 9.00 malam hingga jam 2.30 pagi turut disertai oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin Jaafar, Timbalan Ketua pengarah Operasi JAS dan Pengarah penguatkuasa JAS, Pengarah Bahagian Udara JAS, Pengarah JAS Johor serta pegawai-pegawai kanan JAS ibu pejabat dan JAS Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang.