Penerangan
18 Mac 2021, PASIR GUDANG: Satu sesi town hall Datuk Bandar Pasir Gudang bersama komuniti telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang pada hari ini jam 9.00 pagi.
Pegawai JAS Johor turut hadir dalam program ini iaitu Encik Mohd Rashdan Topa, Ketua Operasi 1 JAS Johor dan Ketua Cawangan JAS Cawangan Pasir Gudang, Puan Norhafidah Abu.
Aturcara sesi town hall termasuk pembentangan oleh Datuk Bandar, sesi dialog bersama komuniti dan ceramah oleh Ustaz Ebit Liew. Tiada sebarang isu pencemaran alam sekitar dibangkitkan semasa sesi dialog yang diadakan.