PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI AIR RAYA JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI AIR RAYA JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

6 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri  Terengganu dan JAS Cawangan  Kemaman telah menjalankan Operasi Air Raya (Ops Air Raya) bermula pada 4 Mei 2021 dan berakhir pada 6 Mei 2021. Operasi ini melibatkan 16 orang pegawai penguatkuasa dan sejumlah 17  premis iaitu 1 buah dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan (PYDT) dan telah diberi lesen oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan operasi , 13 buah Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) dan 3 buah Loji Kumbahan. Kesemua premis yang diperiksa ini terdiri  daripada  industri  yang tertakluk di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Hasil daripada Ops Air Raya ini, pasukan penguatkuasa telah mengeluarkan 17 Field Citation dan 6 Tawaran Kompaun. Kesemua tindakan susulan yang diambil ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak premis menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pelaksanaan Ops Air Raya pada kali ini telah menyasarkan premis-premis yang antaranya mempunyai kriteria –kriteria iaitu terletak di hulu takat pengambilan air; premis sering diadu (aduan berasas) ;premis bermasalah yang sering dikenakan tindakan penguatkuasaan; premis yang menghasilkan beban pencemar yang tinggi;premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar; dan premis yang menghasilkan kuantiti buangan terjadual yang tinggi. JAS sentiasa berharap pihak premis sentiasa memastikan premis-premis mereka berada pada tahap yang terbaik dan selamat untuk beroperasi demi kesejahteraan hidup rakyat dan negara terutama sekali pada musim perayaan Hari Raya Aldilfitri yang akan disambut minggu depan. Orang awam juga diharap peka dengan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dan boleh membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan