PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI DAN PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI DAN PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

29 Mei 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau potensi berlakunya  aktiviti pelepasan punca pencemar air, udara dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual dari pihak yang tidak bertanggungjawab terutama dari  industri-industri yang tertakluk di bawah pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan ini juga turut melibatkan pemantaun dan pemerhatian secara visual ke atas potensi berlakunya pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor sepanjang laluan yang melibatkan kawasan yang bermula dari bandar  Kuala Terengganu,Bukit Kecil, Kg.Wakaf Mempelam, Kg. Serada, Kg. Banggol Mempelam (Projek jajaran keretapi ERCL), Kg. Tapu, Kg.Tanggul, Kg. Tembak Baru, Wakaf Tapai, Kg. Lubuk Perah, Kg. Tok Muchong, Kg. Pengkalan Berangan, Kg. Bukit Parit,  Tapak Pelupusan Sampah  Teratak Batu,  Kg. Gondang, Bukit Payong, Kg. Kedai Buloh, Kg.Paya Resak, Bukit Besar dan berakhir di bandar Kuala Terengganu. Hasil rondaan dan pemantauan bagi kesemua punca-punca pencemar ini, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor dan pencemar dari premis industri  dikesan yang melibatkan sepanjang laluan dan kawasan tersebut. Beberapa kawasan terdapat longgokkan kayu-kayu hasil daripada pembersihan kawasan  telah dijumpai dan banner telah dipasang bagi memberi amaran keras agar aktiviti ini tidak dilakukan. JAS berharap dengan tindakan proaktif ini serta  tugas  rondaan dan pemantauan dilakukan secara berterusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan cuti hujung minggu ini, semua lapisan masyarakat khususnya di negeri ini akan lebih sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup semua.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan