PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

26 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Cuti umum sempena Perayaan Hari Wesak hari ini menjadi tanggungjawab dan tugas yang berterusan sebagai Jabatan yang diberi amanah dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar bagi memastikan semua lapisan masyarakat di negeri ini berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Chendering, Pantai Batu Buruk, Pantai Pandak, Kg.Laut dan di sekitar bandar dalam daerah Kuala Terengganu. Hasil keseluruhan rondaan di kesemua kawasan dan laluan ini mendapati tiada aktiviti mencurigakan ditemui dan tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan kayu-kayu hasil dari aktiviti pembersihan kawasan dan tindakan susulan segera telah dibuat dengan menampalkan banner larangan pembakaran terbuka bagi memberi amaran kepada sesiapa yang terlibat dengan aktiviti ini agar tidak melakukan pembakaran terbuka. JAS sentiasa mengingatkan orang awam bahawa orang yang melakukan kesalahan di bawah  Akta Kualiti Alam Sekeliling merupakan penjenayah alam sekitar.  Tindakan undang-undang yang keras boleh diambil kepada sesiapa sahaja yang jelas dan terbukti melanggar undang-undang ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan