PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan yang melibatkan kawasan di sekitar Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Batu Rakit, Lembah Bidong, Nyatoh, Kawasan Perindustrian Saujana, Permaisuri, Sg Tong, Gemuruh. Hasil rondaan dan pemantauan ini mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Rondaan di kawasan Kg. Nyatoh, pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan pokok-pokok hasil daripada aktiviti pembersihan kawasan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut sebagai amaran awal bagi mencegah aktiviti ini dilakukan oleh orang awam yang terlibat. Pasukan penguatkuasa turut menjalankan pemantauan di kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Badak . Hasil pemantauan ke atas kelengkapan alat pembakaran bahanapi dan alat kawalan pencemaran udara mendapati tiada perlepasan asap dan habuk secara berlebihan dikesan.  Di samping itu juga tiada keadaan yang mencurigakan seperti kesan minyak dan bendasing kelihatan di longkang awam dan longkang utama kawasan ini. Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan punca-punca pencemaran dari aktiviti industri ini telah menjadi rutin kepada pasukan penguatkuasa JAS Terengganu pada setiap cuti hujung minggu. Tugas ini diharap akan dapat memastikan aktiviti pembakaran terbuka dapat dicegah lebih awal dan meningkatkan kesedaran orang awam akan kepentingan menjaga kualiti alam sekitar untuk kesejahteraan semua.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan