Penerangan
3 Mei 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat urus sempena majlis penyerahan lesen hari ini. Program ini telah dihadiri oleh YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Timbalan Pengarah, YBrs Encik Zakaria bin Ahmad@ Mohd, Ketua Cawangan Kemaman, YBrs Encik Rozaimi bin Mat Zin dan Ketua Unit di Bahagian Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang terdiri dari Penolong Pengarah Kanan, Puan Siti Noor Shazilla binti Zaki, Penolong Pengarah Encik Mohd Fahmi bin Abd. Azis dan dan Puan Nur Faezah binti Mohd Zali.
Program yang diadakan secara fizikal dan maya ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pihak industri berkenaan dengan hal-hal berkaitan pelesenan termasuk isu-isu pematuhan premis bagi tempoh lesen 2020/2021 dan juga perundangan terkini berkaitan pelesenan. Selain daripada itu, melalui sesi soal jawab yang diaturkan di dalam program ini juga telah dapat menyediakan platform kepada pihak industri untuk mengutarakan sebarang pertanyaan atau pendapat kepada pihak Jabatan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan dan juga isu-isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar agar ianya dapat diselesaikan secara bersama secara praktikal dan harmoni.
Program ini telah dihadiri oleh sembilan (9) buah PYBDT-BT yang beroperasi di Negeri Terengganu dan ianya telah berjaya diadakan dengan mematuhi arahan SOP yang telah ditetapkan memandangkan Negeri Terengganu masih dalam tempoh berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).