Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu akan melaksanakan aktiviti Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elekronik (E-Waste) pada:
TARIKH : 30 MEI 2021 (AHAD)
MASA: 10:00 PAGI-12:00 TENGAHARI
LOKASI: PEJABAT JAS NEGERI TERENGGANU
WISMA ALAM SEKITAR OFF JALAN SULTAN OMAR
20300 KUALA TERENGGANU
E-Waste merujuk kepada bahan buangan daripada elektrik dan elektronik yang telah rosak. Jika tidak diuruskan dengan baik, ia akan membahayakan kepada alam sekitar dan kesihatan kerana ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan kesan daripada pembakaran e-waste boleh menghasilkan gas dioksin yang menyebabkan masalah pada sistem reproduktif, memusnahkan sistem imunisasi dan hormon manusia.
Bagi menjayakan kempen ini dalam tempoh berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 12 Mei 2021, orang ramai kursusnya yang tinggal di sekitar daerah Kuala Terengganu yang mempunyai barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak atau yang hendak dibuang bolehlah membuat serahan secara drive thru.
Barang-barang yang boleh dihantar adalah seperti perkakasan rumah, perkakasan komputer usang, peranti mudah alih, peralatan elektrik dan elektronik (cth: komputer, telefon pintar, keyboard, bateri, radio, saterika, TV, penyaman udara,peti sejuk ,mesin basuh, microwave, powerband, printer dan lain-lain)
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu amat-amat menghargai kerjasama dan sokongan orang ramai yang membawa dan menyerahkan barangan e-waste secara sukarela.
“E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara”
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu melalui talian 09-6261044 (pejabat) / hp: 014-5213965 (Puan Zaleha bt. Abdullah) /hp: 019-9328712 (Puan Maisarah bt. Mohd Nor)