PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIRI RONDAAN DAN PENGUATKUASAAN KE ATAS AKAS 1974 SEMASA PKP 3.0 PADA HARI CUTI UMUM OLEH JAS WPKL

DOE WP Kuala Lumpur 31/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIRI RONDAAN DAN PENGUATKUASAAN KE ATAS AKAS 1974 SEMASA PKP 3.0 PADA HARI CUTI UMUM OLEH JAS WPKL
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/05/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

26 MEI 2021 Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memantau dan menyiasat aduan awam seperti pembakaran terbuka, pelepasan efluen dari industri dan lain-lain aduan berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Semasa rondaan penguatkuasaan ke atas AKAS 1974 di sekitar kawasan Kampung Kuantan - Kampung Merali - Kampung Batu Muda - Sri Petaling , pasukan rondaan JAS WPKL telah mengesan berlakunya pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Siasatan mendapati terdapat bekas pembakaran terbuka dari aktiviti penanaman pokok oleh pekebun kecil. JAS WPKL telah memberi amaran tegas kepada pihak pelaku supaya tidak mengulangi aktiviti pembakaran terbuka pada masa hadapan. Penerangan mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka turut diberikan kepada penduduk setempat. Siri rondaan dan penguatkuasaan ke atas AKAS 1974, akan terus dijalankan sepanjang masa oleh JAS WPKL

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan