e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

?? MESYUARAT ATAS TALIAN BAGI MEMBINCANGKAN PERSEDIAAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN KACA OLEH KIBING GROUP (MALAYSIA) SDN. BHD. ??

chai 08/08/2018 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
?? MESYUARAT ATAS TALIAN BAGI MEMBINCANGKAN PERSEDIAAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN KACA OLEH KIBING GROUP (MALAYSIA) SDN. BHD. ??
Tahun
2021
Organisasi
DOE Sabah
Diskripsi
?? MESYUARAT ATAS TALIAN BAGI MEMBINCANGKAN PERSEDIAAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN KACA OLEH KIBING GROUP (MALAYSIA) SDN. BHD. ?? ??? Tarikh Mesyuarat : 28 Mei 2021 (Jumaat) ?? Masa: 2.00 - 4.00 Petang ?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting) ???????Pengerusi Mesyuarat: Tuan Thomas Logijin (SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah) ?????????????? Kehadiran dari JAS Sabah:- - Tuan Amirul Aripin (Pengarah JAS Sabah) - PP FM (Unit K&PB) ?? Agenda Mesyuarat: ??Ucapan Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat; ??Perbincangan Persediaan Pelaburan Kilang Pembuatan Kaca oleh Kibing Group (Malaysia) Sdn. Bhd. mengikut Isu Berkaitan; ??Hal-hal Lain; dan ??Penutup ?? Ringkasan Perbincangan & Input Mesyuarat oleh JAS Sabah: ??????? Terdapat 4 lokasi yang dicadangkan untuk tapak Kilang Pembuatan Kaca iaitu di Kudat Industrial Park (KIP), KKIP, SOGIP, Sipitang dan Pulau Balambangan, Kudat. Pemilihan tapak bergantung kepada kemudahan infrastrukur, utiliti dan logistik yang mencukupi. ??????? Aktiviti kilang pembuatan kaca yang dicadangkan adalah aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah EIA 2015 di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a): Industri Kimia - Pengeluaran gabungan 100 tan & lebih sehari. ??????? Pengimportan minyak terpakai (BT) adalah TIDAK DIBENARKAN dengan merujuk kepada kriteria larangan di bawah Basel Convention. ??????? Penggunaan minyak terpakai (BT) sebagai bahan bakar tanpa diproses menjadi Recovered Fuel / Waste Oil (RFO) yang mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di bawah “Guidelines on Standard and Specification of Recovered Waste Oil in Malaysia” dan kualiti bahanapi yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua, PPKAS (Udara Bersih) 2014 juga adalah TIDAK DIBENARKAN. ??????? Disyorkan penggerak projek menggunakan bahanapi yang lebih bersih dan berkualiti (clean fuel) seperti Gas Asli (Natural Gas) sebagai teknik dan kaedah terbaik untuk mengurangkan pencemaran ke udara disamping menjana ekonomi kepada Sabah melalui penggunaan sumber asli di Sabah sendiri. ??????? Selain itu, dimaklumkan juga bahawa aktiviti perlombongan pasir silika adalah tertakluk di bawah keperluan EIA di bawah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Sabah. Sekian untuk makluman.