Penerangan
27 Mei 2021, KANTHAN – JAS Perak telah menjalankan sekatan jalanraya dalam satu Ops Gerak Bersepadu di KM 22, Jalan Kuala Kangsar – Ipoh pada hari ini bersama PDRM dan JPJ Negeri Perak.
Dalam operasi ini sebanyak 56 ujian visual dan 11 ujian meter telah dijalankan terhadap kenderaan yang ditahan. Sebanyak 7 Notis Arahan dan 3 kompaun telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak patuh di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Ops Gerak ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.