Penerangan
Mesyuarat bagi penyediaan TOR Pasukan Petugas Berkaitan Penghasilan RDF daripada Buangan Terjadual telah diadakan pada 6 Mei 2021 jam 2.30 petang melalui aplikasi Zoom. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar dan dihadiri pegawai dari Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya. dan YBhg. Dato’ Dr Nadzri bin Yahaya, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC).