Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LAPORAN EIA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN DI BENTONG, PAHANG
KUANTAN, 21 MEI 2021 - Bagi memastikan semua projek pembangunan mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan melaksanakan langkah mitigasi untuk meminimumkan impak kepada Alam Sekeliling, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Impak kepada Kesan Alam Sekeliling (EIA) diadakan pagi tadi secara dalam talian bagi projek pembangunan di Daerah Bentong, Pahang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang,Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud telah dan pembentangan telah disampaikan oleh pihak pemaju projek dan dihadiri oleh panel pengulas dari agensi-agensi teknikal Negeri Pahang seperti Pejabat Hutan Negeri Pahang, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri(BPEN) Negeri Pahang, Jabatan Pengairan dan saliran, Jabatan Mineral dan Geosains Pahang serta PLAN Malaysia.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar