Penerangan
OPS AIR RAYA JAS PAHANG CAWANGAN TEMERLOH
BENTONG,6 MEI 2021- Hasil pemeriksaan pegawai JAS Cawangan Temerloh bersempena Ops Air Raya ke atas sebuah gudang di kawasan perindustrian di sini telah menemui kira-kira 381 bekas terdiri daripada jumbo bag mengandungi campuran buangan getah daripada proses penghasilan produk berasaskan getah mengandungi logam berat (SW321), tong-tong tercemar dgn bahan kimia (SW409) serta jumbo bag disyaki enapcemar yang mengandungi logam (SW204). Sehubungan itu, persampelan telah diambil terhadap campuran buangan getah termasuk sampel buangan terjadual yang distorkan di premis tersebut seterusnya dihantar ke Jabatan Kimia PJ untuk dianalisa selanjutnya. Tindakan perundangan di bawah Seksyen 34B dan peraturan yang berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil sekiranya dibuktikan oleh laporan analisa kimia.
JAS mengingatkan kepada semua pihak industri untuk menguruskan Buangan Terjadual mengikut kaedah-kaedah yg telah ditetapkan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang