Penerangan
JAS CAWANGAN TEMERLOH MELAKUKAN PEMANTAUAN KUALITI AIR SUNGAI
BENTONG, 26 MEI 2021 - Pada waktu cuti umum hari Wesak, JAS Pahang Caw. Temerloh telah menjalankan pemantauan kualiti air sungai di Sg. Kenui berdekatan dengan sebuah restoran bagi mengenalpasti status kualiti air semasa susulan kes aduan yang diterima sebelum ini. Bacaan kualiti air sungai yang diukur mendapati kualiti air sungai berada dalam keadaan baik dan bersih.
JAS mengingatkan kepada mana-mana pengusaha perniagaan untuk sentiasa bersama-sama memelihara kualiti air sungai supaya terus terjaga.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar