Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG PADA CUTI UMUM
GEBENG, 26 Mei 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng sangat komited dalam menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng walaupun pada cuti umum.
Pemantauan ini memberi perhatian secara visual kepada pelepasan asap melalui cerobong, pemeriksaan in-situ menggunakan YSI di lokasi berpotensi melepaskan efluen tanpa dirawat dan pemasangan poster larangan pembakaran terbuka dibeberapa lokasi yang juga berpotensi melalukan pembakaran terbuka.
Meskipun daerah Kuantan berada didalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihak industri dan orang awam diminta untuk memberikan kerjasama dengan tidak melakukan sebarang aktiviti sehingga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang