Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA LAPORAN EIA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DI LIPIS, PAHANG
KUANTAN, 25 MEI 2021 - Bagi memastikan semua projek ladang hutan mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan melaksanakan langkah mitigasi untuk meminimumkan impak kepada Alam Sekeliling, satu lagi Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Impak kepada Kesan Alam Sekeliling (EIA) diadakan petang tadi secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang,Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud telah dan pembentangan telah disampaikan oleh pihak pemaju projek dan dihadiri oleh panel pengulas dari agensi-agensi teknikal Negeri Pahang seperti Pejabat Hutan Negeri Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, PLAN Malaysia serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang.
#jaspahang