Penerangan
JAS NEGERI PAHANG MENJALANKAN PEMANTAUAN DAN RONDAAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SEMAMBU 2
KUANTAN, 26 MEI 2021 - Pada waktu cuti umum hari Wesak, Pegawai Penguatkuasaan JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemantauan melalui rondaan di kawasan Perindustrian Semambu 2 bagi memastikan tiada pencemaran dilakukan oleh pemain-pemain industri di kawasan sekitar terutama pada cuti umum. Hasil pemantauan mendapati tiada pelepasan efluen berwarna dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Pemantauan melalui drone juga dilaksanakan bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang berpotensi mencemarkan kualiti udara di persekitaran kawasan tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 sepanjang tempoh premis beroperasi.
Aktiviti pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang