PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS AIR RAYA JAS NEGERI PAHANG

DOE Pahang 27/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS AIR RAYA JAS NEGERI PAHANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/05/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

KUANTAN,6 MEI 2021- Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang termasuk JAS Cawangan Cameron Highlands, Temerloh, Rompin dan Gebeng telah menjalankan Operasi Air Raya bermula 4 Mei 2021 sehingga 6 Mei 2021. Kriteria pemilihan premis dan projek EIA tertumpu kepada premis yang berada di hulu takat pengambilan air dan berpotensi menyebabkan pencemaran sumber air berhampiran. Operasi kali ini digerakkan dengan kekuatan 25 orang pegawai JAS dan turut disertai oleh pegawai daripada agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Lipis serta Indah Water Konsortium. Hasil pemeriksaan terhadap 42 premis yang disasarkan, sebanyak 42 Field Citation telah dikeluarkan. Manakala 6 Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 serta 6 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis yang didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kumbahan) 2009. Selain itu, JAS Negeri Pahang turut aktif dalam menjalankan pemantauan di sebelah malam di Kawasan Perindustrian Gebeng dan Semambu bagi membanteras kes-kes pelupusan haram buangan terjadual yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat. JAS sentiasa mengingatkan agar premis-premis ini sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi kelestarian alam dan kesejahteraan hidup. #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #jabatanalamsekitar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan