Penerangan
26 Mei 2021, MANJUNG - 3 buah kilang penapisan minyak yang menjadi punca aduan bau telah ditahan operasi kelengkapan dalam satu Ops Gempur yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan di Kawasan Perindustrian Kg Acheh bermula malam tadi.
Tindakan penahanan operasi kelengkapan ini diambil di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan premis kilang menghentikan aktiviti pemprosesan dengan serta merta sehingga langkah-langkah kawalan diambil bagi mengatasi masalah aduan tersebut.
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.