Penerangan
25 Mei 2021, BIDOR – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan program pemantauan operasi bagi premis industri yang berpotensi melepaskan pencemaran efluen dan udara di sekitar Kawasan Perindustrian Bidor.
Pemantauan mendapati tiada penampakan pelepasan efluen yang berwarna ke perparitan terhampir dengan premis industri.
Aktiviti pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.