Penerangan
TARIKH : 16 MEI 2021
MASA : 11.00 Pg - 5.00ptg
LOKASI : Kampung Orang Asli Sungai Melut – Pekan Dengkil – Bukit Mahkota Industrial Park – Sungai Manggis – Sri Langat Dredging – Pekang Dengkil – Ampar Tenang
Bertindak dari aduan yang diterima dari Persatuan Penduduk Taman Warisan Bestari Dengkil berkaitan Tapak Kolam , Kota Warisan dijadikan tapak pembuangan sampah haram. Terdapat buangan sampah domestik dan sisa binaan dilokasi. Kes akan dirujuk ke Majlis Perbandaran Sepang dan Pejabat Tanah Sepang untuk tindakan lanjut dibawah akta berkaitan. Kawasan Perindustrian Bukit Mahkota (Kilang BERT) siasatan dijalankan ke atas pelepasan efluen di Sungai Langat. Pemeriksaan mendapati terdapat pelepasan efluen seperti biasa. Tiada bacaan PH diambil kerana keadaan takat pelepasan akhir yang tidak mempunyai akses (enforcement friendly) dan membahayakan pegawai JAS. Pemantauan berteruskan akan dilakukan dari semasa ke semasa.