Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC) UNTUK MEMBINCANGKAN LAPORAN EIA BAGI CADANGAN PEMBINAAN PERUMAHAN DI KAWASAN BUKIT DI PULAU PINANG
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 24/05/2021
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
20 Mei 2021 (Khamis), Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) yang dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pulau Pinang telah diadakan secara hybrid bagi membincangkan Laporan EIA Jadual Pertama, Aktiviti 13: Pembinaan dan pembersihan tanah yang meliputi kawasan kurang daripada 50 peratus kawasan yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 25 darjah tetapi kurang daripada 35 darjah. Pembentangan ini disampaikan oleh Ketua Jururunding dan turut disertai oleh pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang, pihak pengerak projek serta agensi-agensi teknikal secara maya.