Penerangan
19 Mei 2021, IPOH – JAS Perak telah menjalankan mesyuarat secara atas talian bagi pindaan syarat EIA loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di dalam daerah Kinta di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Tuan Haji Rosli bin Zul dan pembentangan telah disampaikan oleh pemaju projek dan dihadiri oleh panel pengulas dari agensi-agensi teknikal Negeri Perak seperti Jabatan Perkhidmatan dan Pembentungan Negeri Perak, Majlis Daerah Batu Gajah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.