PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS LEMBANGAN JAS NEGERI PERLIS BIL. 4/2021

DOE Perlis 24/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS LEMBANGAN JAS NEGERI PERLIS BIL. 4/2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/05/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

Operasi Ops Lembangan ini telah diadakan pada 13 April 2021 sehingga 15 April 2021 ke atas premis-premis yang terletak di kawasan lembangan sungai Perlis yang mana menghasilkan buangan terjadual dan efluen perindustrian. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai 6 orang anggota penguatkuasa. Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 18 premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah Arahan Lapangan sebanyak 18. Keseluruhan premis yang dilawati mematuhi AKAS 1974. Diharapkan Ops Lembangan ini serta tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat mengenalpasti punca-punca pencemar baru dan meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Selain itu, ops ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai bahawa kawalan alam sekitar adalah di bawah bidang kuasa pelbagai agensi penguatkuasaan samada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan