PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PADANG BESAR PERLIS.

DOE Perlis 24/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PADANG BESAR PERLIS.
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/05/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

27 April 2021, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Gerak bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Padang Besar Perlis di KM 14, Jalan Kangar – Padang Besar bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Seramai 7 anggota polis dan 7 anggota JPJ dan 7 anggota JAS yang turut serta dalam operasi ini. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 62 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 13 buah kenderaan telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, satu (1) kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 dan satu (1) Notis Arahan Uji Semula Seksyen 48A di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, telah dikeluarkan. Operasi berakhir jam 1.00 tengah hari. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan