Penerangan
KUALA SANGLANG, PERLIS – Pihak Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Perlis hari ini melupuskan barang kes iaitu daun ketum hasil rampasan dari penjenayah dan penyeludup. Kaedah pelupusan yang secara tanam. Dianggarkan sebanyak 40 MT dilupuskan di tanah kawasan milik PDRM. Daun ketum kering yang dilupus tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Kaedah pelupusan secara tanam amat sesuai dilaksanakan.
Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri serta wakil Jabatan Alam Sekitar Perlis. Kerjasama erat Jabatan Alam Sekitar dan Polis DiRaja Malaysia mencerminkan hubungan yang baik dan sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.