PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BAGI SABTU TERAKHIR BULAN APRIL 2021 PERINGKAT NEGERI PERLIS

DOE Perlis 24/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BAGI SABTU TERAKHIR BULAN APRIL 2021 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/05/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

24 APRIL 2021, KANGAR - Setelah melalui tiga siri Kempen Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, JAS Perlis telah menerima permohonan daripada orang awam yang sukar membawa barangan elektrik bersaiz besar ke tapak pengumpulan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, JAS Perlis telah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan di beberapa kediaman penduduk sekitar Kangar, Jejawi dan Arau bagi memastikan buangan elektrik dan elektronik dapat diurus dan dilupuskan dengan betul. Penghargaan kepada @PerlisFM yang terus memberikan sokongan di dalam menguar-uarkan kempen yang dijalankan oleh JAS Perlis. Kepekaan warga penduduk Perlis tentang kempen Pengumpulan BEE melalui @PerlisFM amat memberangsangkan dan sebanyak 400.2 kg buangan elektrik dan elektronik telah berjaya dikumpul pada hari ini. Usaha dan sumbangan setiap individu dalam program ini amat dihargai. Bertepatan dengan tema Hari Bumi “Pulihkan Bumi Kita” setiap individu mempunyai tanggungjawab bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ini. "E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara" "Ayuh Kumpul 800 Tan E-Waste"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan