Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT PDRM KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 24/05/2021
- Organisasi
- DOE Perlis
- Lokasi
- Perlis>Pejabat JAS Perlis
Penerangan
3 Mei 2021, KANGAR - Sesi pertemuan YBrs. Tuan Azman Shah bin Ismail bersama PDRM yang diketuai DSP Rosmizan bin Abdul Wahab (Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPK Perlis) telah diadakan di Pejabat Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis.
Dalam sesi kunjungan tersebut beberapa isu telah dibincangkan. Antaranya melibatkan pengukuhan hubungan dan komunikasi serta pemantapan operasi bersepadu kenderaan bermotor khususnya dalam menguatkuasakan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jalinan kerjasama ini amat penting dalam memastikan pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung serta menjaga kelestarian alam sekitar.