Penerangan
11 Mei 2021, IPOH
JAS Perak telah menjalankan sesi libat urus bersama industri secara atas talian pada hari ini di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan JAS Cawangan Teluk Intan.
Sesi yang telah dipengerusikan oleh Haji Rosli bin Zul, Pengarah JAS Perak ini memfokuskan kaedah penyelesaian kepada ketidakpatuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.