Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
4-5 Mei 2021, Bintulu - Seramai 5 orang pegawai JAS Cawangan Bintulu dan 5 orang pegawai dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu telah menjalankan operasi bersepadu penguatkuasaan dengan memfokuskan kepada pematuhan terhadap pelepasan efluen industri dan kumbahan dalam usaha bersama mencegah pencemaran air sungai yang berpotensi menyebabkan henti tugas loji rawatan air di sepanjang tempoh cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Operasi ini juga dilihat sebagai usaha berterusan JAS memastikan pihak industri mematuhi sepenuhnya AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.