Penerangan
10 Mei 2021, IPOH – JAS Perak telah menjalankan Ops Air Raya 2021 seluruh di Perak pada 4 hingga 6 Mei 2021 termasuklah JAS Cawangan Taiping dan JAS Cawangan Teluk Intan.
Seramai 20 orang pegawai penguatkuasaan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 23 premis termasuklah premis haram, premis yang ditetapkan dan premis yang bukan ditetapkan.
Pemeriksaan di sepanjang Ops Air Raya 2021 ini telah menghasilkan pengeluaran sebanyak 19 arahan dilapangan, 5 notis arahan, 2 kompaun, 3 kertas siasatan dan 5 penahanan operasi kelengkapan. Tindakan perundangan yang diambil ke atas 23 premis tersebut adalah berdasarkan kepada pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.