PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN TUMPAHAN CPO DI LAUT BERDEKATAN KG KULUK, KUNAK

DOE Sabah 10/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN TUMPAHAN CPO DI LAUT BERDEKATAN KG KULUK, KUNAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
10/05/2021
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

ADUAN KECEMASAN TUMPAHAN MINYAK CPO DI LAUT, KUNAK, SABAH JAS Sabah telah menerima maklumat awal pada 07 Mei 2021, jam sekitar 8.00 pagi daripada Pengurus TSH Wilmar (refinery) bahawa telah berlaku tumpahan crude palm oil (CPO) di laut Kunak. Jumlah CPO yang tumpah masih belum dapat dianggarkan. Pihak TSH Wilmar sedang berusaha mengawal tumpahan. JAS Cawangan Tawau sedang dalam perjalanan ke lapangan untuk siasatan lanjut dan pemantauan. Ringkasan Laporan:- 1.Pada 7 May 2021, jam lebih kurang 8.00 pagi Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau telah menerima panggilan telefon daripada En. Boyd Linjungan, Pengurus Kilang TSH Wilmar mengenai insiden tumpahan minyak CPO ke Laut berhampiran premis tersebut. Limpahan CPO dari premis telah mengalir ke alur air berdekatan premis dan ke Laut berhampiran Kg Kuluk. JAS Sabah 07 MEI 2021