Penerangan
6 Mei 2021, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Perak telah menganjurkan mesyuarat teknikal penilaian kesan kepada alam sekeliling di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi membincangkan projek perlombongan batu kapur dalam daerah Batang Padang.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Rosli Bin Zul, Pengarah JAS Perak dan pembentangan projek telah disampaikan oleh pemaju projek dan jururunding alam sekitar.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama