PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT, SIASATAN AWAL KEJADIAN LETUPAN KILANG OLEOCHEMICALS & PEMANTAUAN INDUSTRI JAS CAWANGAN SEPANG 02 MEI 2021

DOE Selangor 10/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT, SIASATAN AWAL KEJADIAN LETUPAN KILANG OLEOCHEMICALS & PEMANTAUAN INDUSTRI JAS CAWANGAN SEPANG 02 MEI 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
10/05/2021
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

tarikh : 02 Mei 2021 Masa :10.00am - 4.00pm Lokasi :JALAN PERAK, KAWASAN PERUSAHAAN TELOK PANGLIMA GARANG Bertindak dari aduan yang diterima pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (Caw. Sepang)  telah menjalankan siasatan aduan.Kejadian yang tidak diingini telah berlaku dikawasan premis  yang mana telah berlaku satu letupan dan kebakaran di kawasan premis disyaki dari Metahnol Tank. Kejadian berlaku lebih kurang 5.30 petang dan pihak BOMBA telah datang bagi kerja kerja pemadaman dan penyelamatan.Oil Boom telah dipasangkan di anak sungai di luar premis bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk. Longkang di dalam kawasan premis telah di block oleh sand bag berlapis lebih kurang 3 lapis. Kerja continuos pumping dikawasan yang disekat (3 unit pump) dan di masukkan ke dalam container(IBC Tank) untuk sementara waktu.Telah mendapatkan suction pam bagi menyedut air sungai yang tercemar di bahagian luar. Penambahan sandbag disekitar kawasan longkang yang berpotensi mencemar untuk sementara waktu. Semakan dikawasan perumahan di kawsan sekitar mendapati anak sungai dan jeti Tanjung dikawasan terbabit dalam keadaan baik dan tidak tercemar. Premis juga telah melakukan kerja kerja baik pulih 2 sampel sebagai rujukan telah diambil di longkang luar premis.    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan