Penerangan
KUANTAN, 26 APRIL 2021 - Bagi memastikan semua projek pembangunan mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan melaksanakan langkah mitigasi untuk meminimumkan impak kepada Alam Sekeliling, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Semakan kepada Laporan Penilaian Impak kepada Kesan Alam Sekeliling (EIA) diadakan pagi tadi secara bersemuka dan di dalam talian bagi projek pembinaan jalan di Daerah Lipis dan Raub, Pahang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang,Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud telah dan pembentangan telah disampaikan oleh pihak pemaju projek dan dihadiri oleh panel pengulas dari agensi-agensi teknikal Negeri Pahang