Penerangan
Pada 10 April 2021, YB Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man beserta delegasi daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Bahagian Bekalan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd. telah menjalankan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan. Lawatan kerja ini turut disertai oleh agensi - agensi di bawah KASA di WP Labuan seperti Bahagian Bekalan Air Labuan, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan, Jabatan Pengairan dan Saliran WP Labuan, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Unit Labuan) dan Pejabat Meteorologi Labuan. Antara tempat - tempat yang dilawati adalah Loji Rawatan Kumbahan di Jalan Rancha - Rancha, Stesen Pam Kumbahan di kawasan komersil Jati, tangki simpanan air di Pulau Enoe dan Empangan Bukit Kuda. Pada 11 April 2021, beliau mempengerusikan Mesyuarat Pelan Tindakan Pengurusan Bekalan Air di WP Labuan. Lawatan kerja berakhir dengan sesi bergambar dengan pengarah - pengarah serta ketua - ketua unit daripada agensi - agensi di bawah KASA di WP Labuan.