Penerangan
25 April 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan Penguatkuasa di Unit Kenderaan Bermotor JAS Terengganu telah menjalankan OPS GERAK bagi kali yang ke-empat sepanjang tahun ini dengan kerjasama pasukan PDRM, Cawangan Trafik Daerah Marang. Operasi ini melibatkan kekuatan anggota seramai 4 orang manakala pasukan PDRM, Cawangan Trafik Daerah Marang seramai 7 orang.
Operasi pada kali ini, lebih tertumpu kepada kenderaan berenjin petrol di mana sebanyak 20 buah kenderaan ini telah melalui pemerhatian visual dan ujian meter. Daripada jumlah tersebut, satu (1) Tawaran Kompaun dan satu (1) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan.
Semua pemilik kenderaan berenjin petrol di Negeri Terengganu khususnya diingatkan agar sentiasa menyenggara kenderaan dan memastikan pelepasan pencemar bergas daripada kenderaan mereka berada pada had yang ditetapkan di bawah Peraturan 10. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Perkara ini penting bagi mengelak tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan.