PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BAGI MENGESAN DAN MENCEGAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR PADA CUTI UMUM DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 06/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BAGI MENGESAN DAN MENCEGAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR PADA CUTI UMUM DI NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

26 April 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini merupakan cuti umum di Negeri Terengganu Bersempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka yang berpotensi dilakukan oleh orang awam pada cuaca panas ini dan memantau industri-industri yang menjadi punca pencemar kepada kualiti alam sekeliling; Rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan pemantauan bagi tujuan mengesan punca pencemaran ini telah melibatkan laluan di sekitar daerah Kuala Terengganu. daerah Marang, daerah Hulu Terengganu dan daerah Dungun. Rondaan ini telah melibatkan laluan di sepanjang keempat-empat daerah tersebut. Ini termasuk di kawasan perkampungan dan penempatan orang awam, kawasan-kawasan perindustrian dan tapak pelupusan sampah . Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Walau bagaimanapun pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan sisa pokok hasil pembersihan kawasan dan tindakan susulan pencegahan telah dilakukan dengan memasang banner larangan pembakaran terbuka di lokasi tersebut. JAS Negeri Terengganu sentiasa bersiap siaga menjadi frontliner dalam menangani kes-kes pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Terengganu juga turut menyeru orang awam dan pihak industri agar sama-sama memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam membenteras penjenayah alam sekitar demi kesejahteraan hidup rakyat khususnya di negeri Terengganu ini.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan