PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM MEMPERKASAKAN  ILMU DI KALANGAN WARGA JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 05/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MEMPERKASAKAN  ILMU DI KALANGAN WARGA JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
05/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22  April 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. JAS Terengganu telah mengadakan sesi kolokium bertajuk “Cara Penggunaan Environmental Quality Monitoring Programme” yang telah diadakan secara fizikal di Bilik Mesyuarat Utama JAS Negeri Terengganu dan secara maya di JAS Cawangan Kemaman. Hadir sama pada program ini adalah YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Program ini  diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi  pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam menggunakan laporan yang dijana melalui sistem pemantauan kualiti udara,  air sungai dan air marin secara “online” ini dalam tugas-tugas penguatkuasaan dan sebaran maklumat  kepada orang awam berkaitan status kualiti alam sekeliling yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar. Kolokum ini telah disampaikan oleh Encik Kamalulhakim bin Abdullah, Ketua Unit Pengawasan, JAS Negeri Terengganu.Program ini telah diadakan mengikut Standard Of Operating Procedure (SOP) bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang masih berkuatkuasa di Negeri Terengganu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan