PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS SEBAGAI FRONTLINER MENCEGAH DAN MENGAWAL DAN MEMANTAU PENCEMARAN KUALITI ALAM SEKELILING-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 06/05/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS SEBAGAI FRONTLINER MENCEGAH DAN MENGAWAL DAN MEMANTAU PENCEMARAN KUALITI ALAM SEKELILING-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
06/05/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

29  April 2021- Kuala Terengganu, Terengganu . Hari cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu  terus menjalankan tugas sebagai frontliner dalam mencegah, mengawal dan memantau pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Memandangkan  Negeri Terengganu kita ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), arahan menjalankan tugas dalam tempoh ini sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan sosial dengan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19. Rondaan dan pemantauan oleh pasukan penguatkuasa melibatkan kawasan perindustrian dan tapak pelupusan sampah di  sekitar daerah Kuala Terengganu, daerah Marang dan Hulu Terengganu .  Ini juga termasuk laluan dan perkampungan yang berada dalam ketiga-tiga daerah tersebut.  Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka di kesan, tiada pelepasan habuk dari aktiviti kilang dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Pasukan penguatkuasa juga telah menjalanbkan siasatan aduan pembakaran terbuka di Kampung Gelugor Kedai, daerah Kuala Terengganu.  Hasil siasatan menjumpai kesan aktiviti pembakaran terbuka di dalam skala kecil di salah sebuah kediaman di kampong tersebut.  Tindakan susulan dengan memberi amaran awal dan risalah larangan pembakaran terbuka telah diberikan agar aktiviti ini tidak berulang dan menganggu keselesaan kejiranan. JAS Negeri Terengganu sentiasa memohon kerjasama orang awam dan pihak-pihak industri agar sentiasa bekerjasama dalam menjaga alam sekitar .  Komitmen dan kerjasama ini penting dalam memastikan  Negeri Terengganu ini berada dalam keadaan yang baik alam sekitarnya dan sihat sejahtera penduduknya. Kesiap siagaan Jabatan Alam Sekitar khususnya di Negeri Terengganu ini sebagai frontliner dalam membenteras penjenayah alam sekitar terutama yang melibatkan pelupusan haram sisa-sisa industri yang dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Jadual Pertama, Perauran-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan