Penerangan
28 April 2021, MUALLIM - JAS Perak telah menjalankan siasatan ke atas aduan orang ramai berkaitan pembuangan sisa pepejal di suatu kawasan tanah lapang di Tanjung Malim pada 27 April 2021 yang lalu.
Pemeriksaan mendapati pelbagai sisa pepejal yang terdiri daripada sisa domestik dan industri telah dibuang di tapak tersebut serta tiada kesan pembakaran terbuka ditemui.
JAS Perak akan menjalankan siasatan lanjut dengan merujuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim.