Penerangan
28 April 2021, IPOH - JAS Perak telah mengadakan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) (Buangan Terjadual) pada hari ini di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Sebanyak 26 premis PYDT (BT) telah menyertai majlis penyerahan lesen tersebut yang dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul.
Majlis ini turut disempurnakan dengan penyampaian amanat oleh Pengarah, taklimat oleh pegawai JAS Perak kepada pihak premis bagi isu-isu ketidakpatuhan terhadap syarat lesen dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pembacaan ikrar.