Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK KENDERAAN MOTOR JAS WPKL BERSAMA PDRM (7 MAC 2021) – MEJA TAWARAN NOTIS ARAHAN DAN KOMPAUN
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 30/04/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
Unit Kenderaan Motor JAS WPKL telah menjayakan Ops Gerak Kenderaan Motor JAS WPKL bersama PDRM pada 7 Mac 2021 bertempat di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Sebanyak 10 anggota dari JAS WPKL dan 14 anggota dari PDRM telah terlibat dalam operasi tersebut. Pemilik kenderaan yang telah melanggar Peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan dikenakan tawaran Notis Arahan dan Kompaun.